Sunday, November 25, 2012

Triffle Kastard Berkrim Keju

 Salam, dah lama tak bersiaran disini... Alhamdulillah, dari hari ke hari semakin banyak tempahan yang diterima cuma banyak yang tak sempat snap gambar dulu.. bila dah sampai pada tuan punya, baru teringat... nak buat camner dah terlepas... cuma bila godek2 kamera, cuma tinggal gambar beberapa saja yang ada... tapi takpe, nak letak jugak... hehehe.. ok, cukup..cukup sudah mengomel.. kali nak kongsi resipi anna qawina. Triffle kastard berkrim keju... makan sejuk2 lega rasa anak tekak nie.. meh tgk resipi...



Triffle Kastsrd Berkrim keju

Sumber : AnnaQawina

Bahan-bahan :
(Kastard) :
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 7 sudu besar gula pasir
  • 4 sudu besar membumbung tepung kastard + 1/2 tin air
********************************************
  • Kristal Jelly@serbuk agar-agar
  • 1 tin fruit koktel (ambil buahnya sahaja)
  • Buah-buahan segar - dipotong dadu
****************************
  • 250 grm whipping cream- dipukul kental
  • 125 grm krim keju
  • sedikit gula castor jika perlu
  • esen lemon@jus lemon *optional

Cara-cara :
Lapisan 1=> Kastard :
  • Campurkan susu cair, air dan gula ke dalam periuk, masak api sederhana sehingga bancuhan susu mendidih. Sementara itu bancuh tepung kastard dengan 1/2 tin air hingga sebati
  • Apabila susu dah mendidih, kecilkan sedikit api, masukkan bancuhan tepung kastard tadi, kacau sentiasa hingga likat dan berkilat.
  • Tuang ke dalam bekas yang sesuai. Ketepikan.

Lapisan 2 =>Agar-agar@jely:
  • Bacuh serbuk agar2 @ jelly mengikut arahan pada kotak.
  • Masak hingga mendidih. Tutup api, biarkan suam sedikit.
  • Perlahan2 tuangkan ke atas lapisan kastard tadi.

Lapisan 3:
  • Taburkan buah-buahan koktel diatas lapisan jelly @agar-agar.

Lapisan 4 :
  • Pukul krim keju bersama gula dan lemon esen hingga lembut.
  • Satukan dengan whipping cream yang dah dipukul kaku tadi.
  • Kaup balik hingga sebati @ boleh mix guna pengadun kek dengan speed perlahan.
  • Paipkan diatas lapisan jelly dan buahan koktel tadi.
  • Akhir sekali taburkan buah-buahan segar. Sejukkan di dalam peti ais. Nikmatinya semasa sejuk..

**Pilihan I : boleh juga kalau tak nak letak krim keju, jadi trifle kastard buah kektel la kan.
**Plihan II : skip penggunaan krim keju, just paipkan fresh krim dan tabur buah-buahan@kekacang


No comments: