Wednesday, March 28, 2012

Apam Snow White Lagi..Dan Lagi..

Selamat pagi buat semua aka selamat malam ler kot... malam nie susah betul mata naak lelap... penat duk pejam tapi tak terpejam-pejam lagi nie hah.. esok dah ler kerja, mesti lepas tu berpusing2 kepalanya... silap haribulan, satu hari kepala duk pusing-pusing kepala pening.. semalam pun tak blh tidur gak, tu yang kul 1 pagi aku dok mengodek2 apam nie untuk sarapan... Bising mr hubby, pepagi hari lagi bunyi blender.. terganggu tidurnya.. hehehe.. jgn maree yer... angin biol dah nak start dah... hehehehe...

Actually, nie first time duk perap apam nie lama.. hampir 4 jam kot, selama nie  1 jam dah start kukus dah.. tapi kali nie, hasilnya berbaloi-baloi... kembang setaman gitu... lain kali blh cuba cara nie lagi ler nampaknya.. ok, tak mao berleter dah.. Meh tgk resipi mudah nie...

Apam Snow White
Sumber : qnq0910 (MyR)
Link : http://www.myresipi.com/top/detail/12727 

Bahan-bahan 

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan. 

2 comments:

anis said...

assalamualikum zalieda. salam kenal dr akk org johor yg merantau ke sarawak.:))

fouzie said...

As'salam zalieda.
tkasih sbb follow akk..
nanti nak cuba buatapam ni..mcm senang aja.akk tak pernah buat pun :)