Sunday, August 8, 2010

Kerabu Nangka

Salam buat semua.. dah seminggu x bersiaran kat sini.. nie pun lauk minggu lepas yang tak sempat nak kuar kat sini.. actually, nie sebenarnya lauk orang kelate.. kalu tak silap, 5 @ 6 tahun lepas ada makan sekali kat rumah mak mertua.. tetiba plak teringin nak buat.. nie pun ada gak step yang salah.. patutnya lepas rebus kena perah dulu buang airnya tapi aku nie pakai campak jer camtu.. al maklum aku nie bukannya pure org kelate, resipi plak guna resipi kerabu kacang panjang kak fzi.. agak2 resipi tu lboeh buat kerabu nangka, aku pun pakai hentam kromo jer tak tanya dulu.. bila Mr Hubby nak makan, baru ler tahu yang nangka aku nie tak diramas utk buang airnya dulu seblm masukkan santan dan bahan2 yang lain... yang lain Mr hubby ckp ok, dah jadi dah cuma step tu ajer yang silap.. takpe2, lain kali leh buat lagi...

Kerabu Nangka
(Sumber :  Resipi Kerabu Kacang Panjang Kak Fzi)

Bahan A:

Sepotong nangka muda (dipotong dan direbus dan diramas utk buang airnya)
Ikan kembong seekor(kalau ikan selar kuning 3/4)
lada hitam/lada sulah
bawang merah besar(bawang India) 1 labu

Bahan B:

cili merah dimayang
kelapa parut untuk dibuat kerisik
garam
gula
asam limau nipis/limau kasturi
santan RM1

Cara-Caranya

1. Potong nangka dan rebus sehingga empuk. Kemudian tos  dan diramas sedikit utk buang airnya, ketepikan buat sementara.
2. Sementera itu rebuskan ikan tadi dan buang tulang2nya.
3. Sediakan kerisik: Goreng lebih kurang secawan kelapa parut tanpa minyak sehingga garing dan warna bertukar menjadi perang. Tumbuk kelapa hingga keluar nampak keluar minyak
4. Tumbuk lada hitam, kemudian tumbuk bawang dari bahan A, tak lumat sangatpun tak mengapa. Kemudian masukkan ikan yang yang telah direbus tadi, tumbuk lagi.
5. Kemudian campurkan semua yang dalam lesung tadi, nangka dan kesemua bahan B dalam satu mangkuk besar. Kacau-kacaukan hingga rasanya sebati supaya cukup masin, manis dan masam... Selamat mencuba!

No comments: