Saturday, January 23, 2010

Tauhu Lembut Kukus

Masak utk tengahari hari nie.. kebetulan adik aku yang duk kat UPM tu ada datang ke rumah.. Asyik duk cite pasal tauhu kukus kat chicken rice shop jer jadi aku pun masak ler utk dia..tauhu kukus ni memang favourite si Irfan tu.. aku pun layan gak tapi Imtiyaz dengan abi dia tak berapa suka.. Mungkin tauhu tu lembut2 dan lembik sikit, tu yang diaorg tak makan tu.. Bagi yang suka chinese food memang di rekemenkan resipi nie..resipi nie pun aku ceduk daripada kakfiza yang hantar kat MyR.. Ok ler cuma tauhu aku terpecah sikit masa nak keluarkan daripada bungkusan..


Tauhu Lembut Kukus
(Minta izin C & P yer kakfiza) 

Bahan-bahan 
  • 4 biji tauhu lembut
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung(bancuh dgn sedikit air)
  • kicap masin@garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • 5 ulas bwng putih
  • 1/2 in halia
  • sedikit minyak masak
  • daun bwng utk hiasan

Cara-cara

  1. Tauhu dipotong 4 tp jgn sampai putus.letakkan dalam loyang @ mangkuk tahan panas.
  2. dlm satu bekas masukkan air,sos tiram,minyak bijan , kicap masin & bancuhan tpg jagung.gaul sebati dan tuang ke dalam tauhu tadi.perap selama 1/2 jam
  3. hiris nipis bawang putih & halia.goreng dgn sedikit minyak tp jgn sampai garing.
  4. masukkan bhn goreng dalam tauhu yg tlh diperap.
  5. kukus selama 25 minit.
  6. setelah masak tabur daun bawang dan sedia utk dihidang.enak dimakan ketika masih panas bersama nasi putih.

No comments: