Sunday, January 3, 2010

Kuih Tepung Bungkus

Kuih tradisional org ghanu dan kelate..kat muor ni tak tahu ada ke tak jual kuih nie.. dah lama tak makan. dulu masa kecik-kecik Tok Wan aku selalu buat kuih ni utk dijual. Sekarang dah jarang dah dia buat. Dulu masa mula-mula kahwin, mak mertua aku ada belikan kuih nie tapi kelate punya lain sikit. kalu kat ghanu bungkus dalam daun pisang, org kelate plak bungkus dalam daun pinang. rasa di lebih kurang sama jer tapi husband aku cakap letak dalam daun pinang lagi best.. lemak-lemak manis jer (yang manis tu inti kelapa kat dalamnya). Semalam pi enconsave nampak ada jual daun pisang. mula-mula terpikir nak buat lopes tapi bila dah sampai rumah lain plak jadinya coz jumpa resipi ni kat MyR (kepunyaan princesshayati)..
                              


Kuih Tepung Bungkus

Bahan-bahan

1 cawan tepung beras
2 cawan santan
Secubit garam
Daun Pisang di layur keatas api kecil

Utk Inti
1/2 biji kelapa parut
2-3 keping gula melaka
4 sudu tepung pulut
sehelai daun pandan

Cara-cara

1. Kelapa parut (bahagian putihnya sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek diatas tepung pulut. Ketepikan dahulu.

2. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. kacau sehingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan diatas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. kemudian kukus selama 15-20 minit.

Nota : Enak dimakan bila dah sejuk.

No comments: