Tuesday, November 17, 2009

Mee Rojak


Mee Rojak ni buat petang semalam, ni baru ada masa nak masuk kat sini. Ni first time buat, saje nak cuba-cuba. Singgah-singgah kat blog kak fzi ngan ros onigiri jumpa ler resipi nie.. nampak cam sedap, tu yang mencuba tu.. tapi disebabkan hari ni kepala dah pusing sikit, aku pun ubah ler sikit resipi ni. cedok sana, cedok sini sikit, jadi ler mee rojak nie... Kuah dia nampak cam tak menarik coz tersilap teknik masa memasak tapi apa yang penting,  rasa tetap ada dan tetap best..Nyam..Nyam..Nyam..Lain kali cuba lagi!!..


Mee Rojak

Bahan-Bahannya
 

1 bungkus mee kuning yang kecil
1/2 biji timun
Tauhu goreng
kentang goreng
Telur Rebus dan digoreng

Daun Salad
Tauge
 

kuah rojak

1/2 cawan kacang tanah
2 sudu besar cili kisar 

Sebiji bawang besar - dikisar

2 ulas bawang putih - dikisar
2 ketul keledek di rebus dan di blender
gula
garam
minyak untuk menumis

untuk jemput-jemput


2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
sedikit kunyit serbuk
garam


1. Mula-mula buat kuah rojak, panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan kacang tanah dan keledek yang telah dikisar tadi. masukkan juga 1 cawan air, perasakan dengan  garam dan sedikit gula  dan biarkan kuah agak pekat.

2. Buat kuih jemput-jemput, satukan semua bahan dan goreng dengan minyak panas. Bila dah siap, potongkan ia. Begitu juga bahan-bahan tambahan yang lain. Bila siap potong bolehlah dihidangkan.


3 comments:

fzi said...

Salam zalieda...
Waaa.... buat mee rojak...
lain la sikit dari versi kelate tu tapi... ORITE... nampak mabeles hehe...
rajin zalieda ni even bizi dengan urusan kerjaya tetap pantas di dapur... :)

zalieda said...

nak buat camner kak fzi, dah namanye pompuan. campak kat mana-mana pun, dapur gak tempat duduknya.. kak fzi, mula-mula memang nak buat versi kelate tu tapi tak jadi.. bila dah masak, husband tengok cam pelik.. kuah rojak versi baru ke?.. Style org ghanu yang tak berapa nak jadi..hehehe..

aien said...

salaam jumaat...
aien cari2 resepi mee rojak jmpe blog nih n nmpk simple n marvelouse jek resepi yg dberi hehe...weekend mahu try lah hehe

mekacih yek tuan blog, rupenye tuan blog ade bakat dlm bidg ddapur nih...besh besh