Thursday, October 22, 2009

Mini Coklat Cupcakes Kukus


Mini coklat cupcakes ni dah lama buat cuma tak jumpa gambar nak upload.. godak2 PC jumpa plak gambarnyer.. So, publish ler kat sini... resipi nie asalnya resipi coklat kek kukus dan dapat daripada internet. Cuma tak berapa ingat daripada blog mana. Tapi resipi nie dah diubah menjadi mini coklat cupcakes dan ditambah dengan coklat chips. nie buat untuk anak-anak. anak2 suka yang kecik2 camni, bukanya apa senang nak mengangkut.. sambil main sambil makan.. kalu duk statik jer, alamat makannya sikit jer.. 

Mini Coklat Cupcakes Kukus

Bahan-bahannya

1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
Coklat Chips secukupnya.
Paper Cup

Cara-caranya

1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5. Bila dah sebati, masukkan paper cup kedalam acuan dan letakkan adunan tadi kedalam paper cup berselang seli dengan coklat chips.
6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus sekitar 15 minit di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
7. Angkat dan sejukkan dan kemudiannya boleh dihiaskan dengan coklat ganache dan sebagainya... (saya punya tak sempat nak hias.. makan gitu jer..halal..


No comments: