Sunday, November 25, 2012

Triffle Kastard Berkrim Keju

 Salam, dah lama tak bersiaran disini... Alhamdulillah, dari hari ke hari semakin banyak tempahan yang diterima cuma banyak yang tak sempat snap gambar dulu.. bila dah sampai pada tuan punya, baru teringat... nak buat camner dah terlepas... cuma bila godek2 kamera, cuma tinggal gambar beberapa saja yang ada... tapi takpe, nak letak jugak... hehehe.. ok, cukup..cukup sudah mengomel.. kali nak kongsi resipi anna qawina. Triffle kastard berkrim keju... makan sejuk2 lega rasa anak tekak nie.. meh tgk resipi...



Triffle Kastsrd Berkrim keju

Sumber : AnnaQawina

Bahan-bahan :
(Kastard) :
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 7 sudu besar gula pasir
  • 4 sudu besar membumbung tepung kastard + 1/2 tin air
********************************************
  • Kristal Jelly@serbuk agar-agar
  • 1 tin fruit koktel (ambil buahnya sahaja)
  • Buah-buahan segar - dipotong dadu
****************************
  • 250 grm whipping cream- dipukul kental
  • 125 grm krim keju
  • sedikit gula castor jika perlu
  • esen lemon@jus lemon *optional

Cara-cara :
Lapisan 1=> Kastard :
  • Campurkan susu cair, air dan gula ke dalam periuk, masak api sederhana sehingga bancuhan susu mendidih. Sementara itu bancuh tepung kastard dengan 1/2 tin air hingga sebati
  • Apabila susu dah mendidih, kecilkan sedikit api, masukkan bancuhan tepung kastard tadi, kacau sentiasa hingga likat dan berkilat.
  • Tuang ke dalam bekas yang sesuai. Ketepikan.

Lapisan 2 =>Agar-agar@jely:
  • Bacuh serbuk agar2 @ jelly mengikut arahan pada kotak.
  • Masak hingga mendidih. Tutup api, biarkan suam sedikit.
  • Perlahan2 tuangkan ke atas lapisan kastard tadi.

Lapisan 3:
  • Taburkan buah-buahan koktel diatas lapisan jelly @agar-agar.

Lapisan 4 :
  • Pukul krim keju bersama gula dan lemon esen hingga lembut.
  • Satukan dengan whipping cream yang dah dipukul kaku tadi.
  • Kaup balik hingga sebati @ boleh mix guna pengadun kek dengan speed perlahan.
  • Paipkan diatas lapisan jelly dan buahan koktel tadi.
  • Akhir sekali taburkan buah-buahan segar. Sejukkan di dalam peti ais. Nikmatinya semasa sejuk..

**Pilihan I : boleh juga kalau tak nak letak krim keju, jadi trifle kastard buah kektel la kan.
**Plihan II : skip penggunaan krim keju, just paipkan fresh krim dan tabur buah-buahan@kekacang


Tempahan blueberry cheese tart

50pcs blueberry cheese tart. 
Order dari kak ana jiran sebelah rumah untuk besday anaknya.. 

Tempahan Lagi...

 50pcs apam polkadot

100pcs apam ice cream soda (without filling)
100pcs blueberry cheese tart

order dari kak nilam - TQ order

Tuesday, September 4, 2012

Kelas Kek Lapis di Kolej Komuniti Pagoh


 posing jer lebihh.. hehehe...
 Tu dia, jejaka tunggal idaman malaya kat kelas hari tu.. Ramai peminat gitu... hehehe
 lapis jangan x lapis dik...
 Penat melapis... ngantuk pun ada...

 nielah hasilnya... kek lapis asam hawflakes n kek lapis cadbury
 Susun atur yang cantik... cayo.. cayo... angkat bakul skit.. jgn mareeee..
 Nie dia team yang best gitu... ummi (isteri ofismate aku), aku (yg x brp comel tu ler), mimi (ofismate aku yang bakal menjadi mama) dan musthahfeel (ofismate aku yang pandai membuat kek)...

Nota : Kepada yang berminat untuk membuat tempahan kek lapis @ cupcakes bolehlah menghubungi musthahfeel di 017-2520064.. Beliau sedia menerima sebarang tempahan kek & cupcakes : )....

Monday, June 18, 2012

Tauhu lembut kukus


tauhu lembut kukus

sumber: kak fiza myR

Bahan-bahan

  • 4 biji tauhu lembut
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung(bancuh dgn sedikit air)
  • kicap masin@garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • 5 ulas bwng putih
  • 1/2 in halia
  • sedikit minyak masak
  • daun bwng utk hiasan

Cara-cara

  1. Tauhu dipotong 4 tp jgn sampai putus.letakkan dalam loyang @ mangkuk tahan panas.
  2. dlm satu bekas masukkan air,sos tiram,minyak bijan , kicap masin & bancuhan tpg jagung.gaul sebati dan tuang ke dalam tauhu tadi.perap selama 1/2 jam
  3. hiris nipis bawang putih & halia.goreng dgn sedikit minyak tp jgn sampai garing.
  4. masukkan bhn goreng dalam tauhu yg tlh diperap.
  5. kukus selama 25 minit.
  6. setelah masak tabur daun bawang dan sedia utk dihidang.enak dimakan ketika masih panas bersama nasi putih.

Saturday, May 19, 2012

Imtiyaz & Aqil


Apam Polkadot again... baru nak update

Untuk majlis khatam Quran jiran (kak ana)

Untuk kenduri doa tahlil SK Bakri Bt 5

Wednesday, March 28, 2012

Apam Snow White Lagi..Dan Lagi..

Selamat pagi buat semua aka selamat malam ler kot... malam nie susah betul mata naak lelap... penat duk pejam tapi tak terpejam-pejam lagi nie hah.. esok dah ler kerja, mesti lepas tu berpusing2 kepalanya... silap haribulan, satu hari kepala duk pusing-pusing kepala pening.. semalam pun tak blh tidur gak, tu yang kul 1 pagi aku dok mengodek2 apam nie untuk sarapan... Bising mr hubby, pepagi hari lagi bunyi blender.. terganggu tidurnya.. hehehe.. jgn maree yer... angin biol dah nak start dah... hehehehe...

Actually, nie first time duk perap apam nie lama.. hampir 4 jam kot, selama nie  1 jam dah start kukus dah.. tapi kali nie, hasilnya berbaloi-baloi... kembang setaman gitu... lain kali blh cuba cara nie lagi ler nampaknya.. ok, tak mao berleter dah.. Meh tgk resipi mudah nie...

Apam Snow White
Sumber : qnq0910 (MyR)
Link : http://www.myresipi.com/top/detail/12727 

Bahan-bahan 

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan. 

Monday, March 5, 2012

Tempahan lagi...

Alhamdulillah, rezeki dah semakin bertambah...sekadar memenuhi masa lapang dan memenuhi tuntutan hobi yang tidak menentu nie hahhh.. kali ini order oleh ina Taman Desa (dah tahu nama dah), katanya tempahan daripada kekawan. TQ order.
1st box = 100pcs apam polkadot
2nd box = 100pcs apam polkadot
3rd box = 50pcs apam polkadot
4th box = 50pcs apam figure ladybird
 ready to deliver....

Alhamdulillah, siap... semua sekali 300pcs... sedikit penat hari nie coz en hubby ada majlis maulidur rasul kat sekolah. semalam aku kerja, en hubby pun pi sekolah sampai malam coz nak siapkan pentas untuk majlis tersebut... To Ina, terima kasih kerana sudi order dari akak...

Sunday, February 26, 2012

Tempahan Apam Polkadot + figure

Tempahan 250 apam polkadot + figure oleh akak kat Taman Desa. Dah 2 kali tempah tapi still lupa nak tanya nama. Anyway, TQ order. Sorry gambar blur coz empunya diri sibuk pada waktu tu, tak sempat nak posing lebih2...